Thursday, August 27, 2015

Tips menyusukan bayi


Cara mengajar bayi menyusu botol

Penyusuan bayi baru lahir (selepas 4 minggu usia bayi)


Jenis puting susu 


Mommy kena pilih botol susu baby yang puting nya jenis wide neck. Lubang puting susu pulak cari yang untuk new born atau pun yang slow flow. Ciri ciri ni mesti ada sebab tak nak bagi baby rasa beza sangat rasa dia bila baby directfeed. Kalau boleh elakkan dari tukar jenis puting tadi tu sampai baby umur 12 bulan.


Bila nak bagi baby minum ebm dari botol susu


Sebaik-baiknya mulakan bagi baby guna susu botol 2 atau 3 minggu sebelum mommy masuk kerja. Nak bagi lagi awal pun boleh..cuma make sure umur baby lebih dari sebulan / 4 minggu. Tujuan nya nak elak dari baby keliru puting.. Nanti kalau baby tak nak directfeed susah pulak kan.


Siapa yang patut bagi baby minum ebm dari botol susu??


Orang yang paling sesuai nak bagi ebm guna botol susu ni ialah..
Orang lain selain dari MAMA baby
Boleh mitak tolong ahli keluarga yang lain untuk bagi baby minum. Kalau nak lagi ok, mintak pengasuh yang nak mengasuh baby tu sendiri yang bagi..
Kalau tak boleh takpe, yang penting mesti orang lain yang bagi. BUKAN mama baby ok.


Trick / Tips nak bagi susu ebm guna botol susu pada baby yang tak nak minum frozen ebm. Jenis baby yang nak fresh ebm / chilled ebm sahaja.


Ok mula mula...(hihihi mcm nak ajar masak pulak)
Panas kan frozen ebm dalam 2oz..sikit sikit dulu, bukan apa takut membazir. Panaskan dgn betul tau..(40 darjah celcius, tak lebih dari 10 minit)
Mulakan bagi baby fresh ebm atau chilled ebm dulu.. Dalam 1oz
Lepas tu continue dengan frozen ebm yang panaskan tadi
Kalau baby ok, makna nya BERJAYA!!!
Kalau tak.....cuba dan cuba lagi sampai berjaya ok :)


Perkara paling PENTING !! Apa yang mommy perlu buat, untuk pastikan misi berjaya?


1) Jangan MENGALAH..
Selalunya baby akan menagis. Sekuat kuatnya sampai lah mommy tak sampai hati..hihihi
Lepas tu terus bagi baby directfeed. Mommy kena kuat sikit ok!

2) Teruskan berdoa
Semoga perjalanan penyusuan dimudahkan dan baby nak minum guna botol susu

3) Kalau tak berjaya juga..
Cuba dan cuba lagi sampai berjaya ok :)




Kalau ada apa-apa nak tanya..
Boleh drop comment kat bawah ni..atau pun
Boleh WhatsApp Ida 010 225 1741



Oohh ya..
Kami juga ada whatsapp support group untuk penyusuan ibu
(PROJEK PENYUSUAN EXTRAVAGANZA)
Very the Exclusive tau group ni..

Kalau nak join. boleh send request kat commet bawah ni atau pun boleh whatsapp Ida 010 225 1741
Mana mana yang selesa ok..





Projek Penyusuan Extravaganza

Projek Penyusuan Extravaganza merupakan satu usaha untuk MEMBANTU ibu2 yang BETUL-BETUL nak MENYUSUKAN Si Manja sehingga sekurang-kurangnya selama 2 TAHUN

Syaratnya ibu2 betul-betul perlukan Support, Tips Penyusuan / Petua utk menyusukan Si Manja secara EXCLUSIVE



WhatsApp  Ida 010 225 1741 @  tinggalkan comment di bawah :)

Wednesday, August 26, 2015

Anak Bijak Sihat Cergas Ibu Gembira

Senang hati bila anak sihat, ceria, cergas bermain kan?

 

Nutrisi lengkap main peranan


Risau..runsing... selalu ke klinik ambil MC anak tak sihat...

Anak-anak selalu DEMAM, BATUK BERKAHAK, SELSEMA
Diserang ASTHMA
Susah nak makan
Memilih makanan
Tak suka makan SAYUR
Tak suka makan BUAH
SEMBELIT, nangis bila nak poo poo


Sebagai parents mesti kita nak bagi yang terbaik utk anak2 kan..

Maklumlah zaman sekarang ni bukan macam zaman mak ayah kita dulu, macam2 pencemaran, penyakit, fastfood, process food yg banyak sgt kat pasaran.

Jadi sistem imun badan anak2 yang aktif membesar perlu kuat. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.


Atasinya dengan memberikan nutrisi yang cukup pada anak-anak..
Ini lah RAHSIA saya utk anak22...

LEBIH BIJAK
IQ TINGGI
LEBIH SIHAT CERGAS DAN CERIA
SIHAT & BERTENAGA
LEBIH FOKUS
TIDAK MALAS
TIDAK KELETIHAN
TINGKAT SISTEM IMUNISASI
LAWAS

Walaupun anak-anak tak makan semua yg saya sediakan..
Saya TAK RISAU..
ALHAMDULILLAH dgn izin ALLAH
Selera makan pun BERTAMBAH



Set Cadangan Anak-Anak Sihat Dan Bijak



Testimoni


Manfaat Mealshakes

Mealshakes kaya dengan fiber
Vita-Lea for Children

Vita-Lea for Children melindungi gigi anak-anak
Chewable Vita-C

OmegaGuard




Nak tau lebih lanjut..boleh
WhatsApp Ida
010 225 1741
detiksihat.blogspot.com



‪#‎mealshakes‬
‪#‎vitaleaforchildren‬
‪#‎chewablevitacplus‬
‪#‎omegaguard‬

Tuesday, August 25, 2015

Shaklee B Comlex

Kesan Kekurangan Vitamin B

 

B Complex terdiri dari...

B1 (thiamin) B2 (riboflavin)  B3 (niacin)  B5 (asam pantotenat)  (piridoksal)  B7 (biotin)  B9 (folic acid)   B12 (cobalamin)


Shaklee B Complex

Vitamin B9 merupakan salah satu vitamin yang penting bagi IBU HAMIL


Akibat kekurangan...
Membuat bayi terlahir premature, Penuruan berat badan,
Nafsu makan turun, Anemia.

Selain bagus untuk ibu HAMIL
B Complex juga sangat bagus..
Untuk CANTIK sbb kalau darah x flow ok, kulit pucat.
Untuk DARAH TINGGI. If saluran darah x elok. Susah jantung nk pump
Untuk  JERAWAT why b complex sbb utk release stress
Untuk PANTANG, nape b comp sbb pantang selalu letih jaga anak , kurang darah, stress


Vitamin B1 penting untuk bantuk seimbangkan air, bantu penyerapan lemak pada usus

Akibat kekurangan...
Kurang selera makan,
Sembelit,
Mengganggu sitem penyerapan lemak pada usus

Vitamin B2 untuk merangsang saraf mata dan juga untuk melancarkan penyerapan zat makanan

Akibat kekurangan...
Katarak mata,
Luka dalam mulut,
Mata merah,
Rasa pedih disekitar mata 

Vitamin B3 bantu cegah penyakit

Akibat kekurangan...
Cepat Lupa,
Cepat lelah,
Anemia,
Pendarahan pada gusi dan usus
 
 

Vitamin B6 penting untuk proses pembentukkan sel dan urat saraf

Akibat kekurangan...
Anemia,
Sembelit
Dermatitis


Vitamin B12  membantu pertumbuhan sel darah merah

Akibat kekurangan....
Pernisiosa
Anemia
 
 
B Complex
 
 
 
 
Ida detiksihat.blogspot.com
010 225 1741

Monday, August 24, 2015

Kolostrum baik untuk baby

Kolostrum

Baby sangat-sangat perlukan kolostrum



Kolostrum sifatnya pekat dan sangat sedikit

Walaupun sedikit tetapi kandungan kolostrum sangat penting untuk bayi kerana selain mengandungi vitamin dan mineral penting untuk perkembangan bayi

Kolostrum juga kaya dengan antibodi yang dapat membantu menghalang anak dari dijangkiti penyakit (dengan izin Allah SWT)


Kolostrum ada pada hari-hari pertama selepas baby lahir
Selepas itu..baru susu matang keluar


Baby baru lahir hanya perlukan 5 - 7 ml susu sahaja
Jumlah ini akan bertambah sikit demi sedikit ikut umur baby

Lebih kerap baby menyusu
Lebih kerap payudara dirangsang
Lebih byk susu akan dihasilkan..
Rajin2 susu kan baby sekerapnya ok?

Dlm minggu pertama baby lahir..
Susu sikit..normal
Cik N melecet / crack...normal
Tak tido malam...normal
Baby tak pandai latch lagi..normal

Apa mommy mommy perlu buat, cuma...
>Belajar cara lekapan yang betul
>Kerap susu kan baby siang dan malam
>Minum air suam

Paling penting...
Berdoa dan yakin kita boleh lalui fasa ni dgn tenang..
Semoga kita RAJIN, KUAT semangat dan TAK JEMU berusaha!!
Walau apa pun rintangan nya ok?

Yes U can!!


Kolostrum


Nak tahu lebih lanjut, boleh
WhatsApp Ida 010 225 1741

Kami juga ada group WhatsApp untuk support ibu-ibu supaya berjaya menyusukan anak-anak sekurang-kurangnya 2 tahun




Sunday, August 23, 2015

Baby tak cukup susu??

Betul ke baby tak cukup susu?


Tanda-tanda baby cukup susu dan tak cukup susu


Ramai yg mengadu pada saya yg mereka risau kalau baby tak dpt cukup susu..terutama minggu2 pertama lps baby lahir.

Sebabnya bayi mereka kerap menyusu dan kadang2 mcm nak menyusu setiap masa dan nampak mcm tak puas selepas menyusu.

Jawapan saya...

》Jangan risau..itu normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam

》Susu ibu boleh dihadam dlm masa 1-2 jam selepas menyusu
sebab itulah bayi akan cepat lapar..


Baby cukup susu bila...

🐥Baby nampak tenang selepas menyusu.
🐥Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
🐥Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
🐥Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
🐥Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
🐥Ibu berasa haus selepas sesi penyusuan.
🐥Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
🐥Berat akan bertambah mengikut umur.



Baby tak cukup susu bila....

🐦Diapers sentiasa ringan.
🐦Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
🐦Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
🐦Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
🐦Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (periksa cara lekapan baby)



Percayalah menyusukan baby sesuatu yang mudah jika diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN.



Teruskan niat murni puan dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan puan dipermudahkan....




WhatsApp  Ida 010 225 1741
Untuk tahu lebih lagi 👌
detiksihat.blogspot.com

Kami juga ada WhatsApp group khas untuk ibu-ibu menyusu yang perlukan support dan tunjuk ajar..
(Projek Penyusuan Extravaganza)

Saturday, August 22, 2015

Power Pumping

Power Pumping atasi Masalah Susu Merudum

Power Pumping (PP)

Power pumping cara terbaik untuk meningkatkan hasil perahan susu ibu

Apa yg sebenar nye berlaku pada badan kita semasa kita buat power pumping ni...
Bila kita buat PP kita bagi lebih demand pada badan supaya signal akan dihantar kepada otak untuk produce lebih byk susu bagi memenuhi demand yg lebih tadi..

INGAT ya..buat sekali je tak kan jadi
Kita kene bagi peluang pada badan untk sesuaikan dengan keadaan permintaan tinggi
In Sha Alah lama kelamaan badan pun akan hasilkan susu mengikut berapa banyak demand tadi

Mudah kan konsep dia?
Kita mintak lebih dapat lebih
Tapi ingat tau setiap orang tak sama
Setiap orang lain2..ada yang 1 minggu dah banyak balik susu..
Ada tu 2 3 minggu


Cara PP singgle pump :

Power Pumping Cara Single Pump

Single Pumping : 
Pam kanan 10 min, tukar kiri pulak 10 min, tukar balik kanan 10 min, tukar balik kiri 10 min mcm tu la seterusnya bergilir2 kiri dan kanan sampai cukup sejam..



Cara PP dual pump:

Power Pumping Cara Double Pump

Double Pumping : 
Pam serentak selama 10 min, lpstu rehat selama 10 min, sambung pam balik 10 min, lpstu rehat balik 10 min, mcm tu la seterusnya sampai cukup sejam..



Bila masa yang sesuai nak buat PP ni??
Semua waktu sesuai...tapi yang paling baik pada pukul 12malam - 5 pagi
Sebab hormon prolaktin sedang banyak dihasilkan oleh badan


Berapa kerap kena buat PP ni?
Untuk yang susu merudum digalakkan buat PP 
Satu hari sekali..Setiap hari..pada masa yang sama.

Contoh...saya buat PP setiap hari pada pukul 3 pagi bila susu saya mula menyusut

Bila puan dah dapat balik flow susu macam biasa..
Puan boleh buat pp seminggu sekali
Untuk maintain supply susu


Nak tau lebih lanjut..
WhatsApp Ida 010 225 1741
Kami juga ada WhatsApp group untuk Mommy2 yang perlukan support dalam tempoh penyusuan