Betul ke baby tak cukup susu?
Tanda-tanda baby cukup susu dan tak cukup susu
Ramai yg mengadu pada saya yg mereka risau kalau baby tak dpt cukup susu..terutama minggu2 pertama lps baby lahir.
Sebabnya bayi mereka kerap menyusu dan kadang2 mcm nak menyusu setiap masa dan nampak mcm tak puas selepas menyusu.
Jawapan saya...
》Jangan risau..itu normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam
》Susu ibu boleh dihadam dlm masa 1-2 jam selepas menyusu
sebab itulah bayi akan cepat lapar..
Baby cukup susu bila...
🐥Baby nampak tenang selepas menyusu.
🐥Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
🐥Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
🐥Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
🐥Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
🐥Ibu berasa haus selepas sesi penyusuan.
🐥Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
🐥Berat akan bertambah mengikut umur.
Baby tak cukup susu bila....
🐦Diapers sentiasa ringan.
🐦Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
🐦Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
🐦Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
🐦Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (periksa cara lekapan baby)
Percayalah menyusukan baby sesuatu yang mudah jika diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN.
Teruskan niat murni puan dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan puan dipermudahkan....
WhatsApp Ida 010 225 1741
Untuk tahu lebih lagi 👌
detiksihat.blogspot.com
Kami juga ada WhatsApp group khas untuk ibu-ibu menyusu yang perlukan support dan tunjuk ajar..
(Projek Penyusuan Extravaganza)
Bagus infi ni, saya dulu pun tak faham sangat konsep penyusuan dan tak tahu bilababy tak cukup susu
ReplyDelete:) bila dah tau rasa seronok dan mudah nak handle baby kan
Delete