Wednesday, September 2, 2015

Cara Simpan stok EBM


Cara simpan susu EBM selepas pump


Menyimpan Susu Perahan Ibu bagi Wanita Bekerjaya




Sebelum tu kita faham kan dulu apa maksud FRESH, CHILLED, FROZEN ebm ok..?

FRESH ebm - susu yang baru diperah berada pada suhu bilik
CHILLED ebm - susu yang hanya disimpan di dalam chiller
FROZEN ebm - susu ibu yang dibekukan


Apa yang diperlukan untuk menyimpan ebm


1. Pump yang sesuai
2. Storage Bottle (boleh guna berulang kali) atau Storage Liner / Plastic Storage (pakai buang)
3. Cooler Bag
4. Ice Pack

Notes:
- Pastikan Pump dan Botol dalam keadaan BERSIH & KERING
- Pilih storage bottle / liner yang bebas BPA (Bisphenol-A)  


*Jika puan di OFFICE..


- Tak perlu bekukan susu perahan, tujuannya untuk mudahkan urusan nak bawak balik ebm dan juga untuk kekalkan kandungan nutrien dan antibodi yg ada dalam susu perahan tadi

- Bila sampai di rumah boleh pindahkan sebahagian susu perahan ke chiller untuk digunakan esok hari dan sebahagian lagi simpan dalam freezer untuk stok beku


Label SANGAT PENTING !!



Melabelkan Storage Bottle / Storage Liner adalah sangat penting.

Pastikan setiap Storage Bottle / Storage Liner ditandakan dengan LABEL berikut:-

1 - TARIKH
2 - MASA
3 - KUANTITI (oz/ml)
4 - NAMA BABY (untuk elak dari susu tertukar di taska / rumah pengasuh)


*Jika puan di OFFICE..


Corong pump boleh disimpan sekali dalam cooler bag..
Boleh guna untuk sesi pump seterusnya dipejabat..Boleh jimatkan masa
Make sure semua perkakas dibersihkan bila balik dari pejabat ok..


Boleh ke campur hasil perahan?


Boleh..dengan SYARAT

1. Kedua-dua susu perahan pada suhu yang sama
2. Kedua-dua susu perahan berada dalam selang masa 24jam 

Ok clear tak ?
kalau tak clear boleh drop massage kat bawah ye :)


Tempoh ketahanan susu ebm berbeza mengikut tempat di mana susu ebm disimpan


EBM boleh disimpan pada suhu bilik, dalam chiller, dalam freezer peti ais 1 pintu, dalam freezer peti ais 2 pintu, dalam deep freezer..



1. FROZEN ebm dalam FREEZER PETI AIS 2 PINTU tahan 3 BULAN
2. FROZEN ebm dalam DEEP FREEZER tahan 6 BULAN
3. FROZEN ebm dalam FREEZER PETI AIS SATU PINTU tahan 2 MINGGU SAHAJA
4. FRESH ebm tahan 4 JAM SUHU BILIK
5. CHILLED ebm tahan 3 hingga 5 hari
*Jika tidak digunakan dlm tempoh 3 hinggu 5 hari, boleh pindahkan susu perahan ke dlm freezer untuk dijadikan stok beku



Ida 010 225 1741
ig Pakar Penyusuan Ibu Bekerjaya

Kami juga ada whatsapp support group untuk penyusuan ibu
(PROJEK PENYUSUAN EXTRAVAGANZA)
Very the Exclusive tau group ni..

Kalau nak join. boleh send request kat commet bawah ni atau pun boleh whatsapp Ida 010 225 1741
Mana mana yang selesa ok..


Happy Breastfeeding :)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment