Monday, August 24, 2015

Kolostrum baik untuk baby

Kolostrum

Baby sangat-sangat perlukan kolostrum



Kolostrum sifatnya pekat dan sangat sedikit

Walaupun sedikit tetapi kandungan kolostrum sangat penting untuk bayi kerana selain mengandungi vitamin dan mineral penting untuk perkembangan bayi

Kolostrum juga kaya dengan antibodi yang dapat membantu menghalang anak dari dijangkiti penyakit (dengan izin Allah SWT)


Kolostrum ada pada hari-hari pertama selepas baby lahir
Selepas itu..baru susu matang keluar


Baby baru lahir hanya perlukan 5 - 7 ml susu sahaja
Jumlah ini akan bertambah sikit demi sedikit ikut umur baby

Lebih kerap baby menyusu
Lebih kerap payudara dirangsang
Lebih byk susu akan dihasilkan..
Rajin2 susu kan baby sekerapnya ok?

Dlm minggu pertama baby lahir..
Susu sikit..normal
Cik N melecet / crack...normal
Tak tido malam...normal
Baby tak pandai latch lagi..normal

Apa mommy mommy perlu buat, cuma...
>Belajar cara lekapan yang betul
>Kerap susu kan baby siang dan malam
>Minum air suam

Paling penting...
Berdoa dan yakin kita boleh lalui fasa ni dgn tenang..
Semoga kita RAJIN, KUAT semangat dan TAK JEMU berusaha!!
Walau apa pun rintangan nya ok?

Yes U can!!


Kolostrum


Nak tahu lebih lanjut, boleh
WhatsApp Ida 010 225 1741

Kami juga ada group WhatsApp untuk support ibu-ibu supaya berjaya menyusukan anak-anak sekurang-kurangnya 2 tahun




Sunday, August 23, 2015

Baby tak cukup susu??

Betul ke baby tak cukup susu?


Tanda-tanda baby cukup susu dan tak cukup susu


Ramai yg mengadu pada saya yg mereka risau kalau baby tak dpt cukup susu..terutama minggu2 pertama lps baby lahir.

Sebabnya bayi mereka kerap menyusu dan kadang2 mcm nak menyusu setiap masa dan nampak mcm tak puas selepas menyusu.

Jawapan saya...

》Jangan risau..itu normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam

》Susu ibu boleh dihadam dlm masa 1-2 jam selepas menyusu
sebab itulah bayi akan cepat lapar..


Baby cukup susu bila...

🐥Baby nampak tenang selepas menyusu.
🐥Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
🐥Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
🐥Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
🐥Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
🐥Ibu berasa haus selepas sesi penyusuan.
🐥Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
🐥Berat akan bertambah mengikut umur.



Baby tak cukup susu bila....

🐦Diapers sentiasa ringan.
🐦Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
🐦Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
🐦Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
🐦Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (periksa cara lekapan baby)



Percayalah menyusukan baby sesuatu yang mudah jika diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN.



Teruskan niat murni puan dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan puan dipermudahkan....




WhatsApp  Ida 010 225 1741
Untuk tahu lebih lagi 👌
detiksihat.blogspot.com

Kami juga ada WhatsApp group khas untuk ibu-ibu menyusu yang perlukan support dan tunjuk ajar..
(Projek Penyusuan Extravaganza)

Saturday, August 22, 2015

Power Pumping

Power Pumping atasi Masalah Susu Merudum

Power Pumping (PP)

Power pumping cara terbaik untuk meningkatkan hasil perahan susu ibu

Apa yg sebenar nye berlaku pada badan kita semasa kita buat power pumping ni...
Bila kita buat PP kita bagi lebih demand pada badan supaya signal akan dihantar kepada otak untuk produce lebih byk susu bagi memenuhi demand yg lebih tadi..

INGAT ya..buat sekali je tak kan jadi
Kita kene bagi peluang pada badan untk sesuaikan dengan keadaan permintaan tinggi
In Sha Alah lama kelamaan badan pun akan hasilkan susu mengikut berapa banyak demand tadi

Mudah kan konsep dia?
Kita mintak lebih dapat lebih
Tapi ingat tau setiap orang tak sama
Setiap orang lain2..ada yang 1 minggu dah banyak balik susu..
Ada tu 2 3 minggu


Cara PP singgle pump :

Power Pumping Cara Single Pump

Single Pumping : 
Pam kanan 10 min, tukar kiri pulak 10 min, tukar balik kanan 10 min, tukar balik kiri 10 min mcm tu la seterusnya bergilir2 kiri dan kanan sampai cukup sejam..



Cara PP dual pump:

Power Pumping Cara Double Pump

Double Pumping : 
Pam serentak selama 10 min, lpstu rehat selama 10 min, sambung pam balik 10 min, lpstu rehat balik 10 min, mcm tu la seterusnya sampai cukup sejam..



Bila masa yang sesuai nak buat PP ni??
Semua waktu sesuai...tapi yang paling baik pada pukul 12malam - 5 pagi
Sebab hormon prolaktin sedang banyak dihasilkan oleh badan


Berapa kerap kena buat PP ni?
Untuk yang susu merudum digalakkan buat PP 
Satu hari sekali..Setiap hari..pada masa yang sama.

Contoh...saya buat PP setiap hari pada pukul 3 pagi bila susu saya mula menyusut

Bila puan dah dapat balik flow susu macam biasa..
Puan boleh buat pp seminggu sekali
Untuk maintain supply susu


Nak tau lebih lanjut..
WhatsApp Ida 010 225 1741
Kami juga ada WhatsApp group untuk Mommy2 yang perlukan support dalam tempoh penyusuan